Taman Rashidah Utama Jalan Paroi-Senawang
70450 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus MALAYSIA

Tel: 06 677 1197 | Faks : 06 6798661
Emel: admin@srias-saidiyyah.edu.my

Pengenalan SRIAS

 srias

Sekolah Rendah Islam As-Sa'idiyyah (SRIAS) adalah merupakan lanjutan kepada sebuah Sekolah Agama Rakyat yang telah ditubuhkan pada tahun 1985

yang dikenali sebagai Sekolah Agama (Rakyat) As-Sa'idiyyah.

Penubuhan SRIAS adalah berteraskan kepada konsep pendidikan Islam yang bersepadu antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) & Sukatan Pelajaran Ilmu Syariah (SPIS) disamping itu aspek pembangunan nilai-nilai murni juga diterapkan. SRIAS berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dengan nombor pendaftaran 41-39/89

 

Para murid akan dinilai secara berterusan sepanjang tempoh pembelajaran di SRIAS bagi memastikan perkembangan rohani dan jasmaninya terus cemerlang sesuai dengan tahap umur dan pemikiran murid itu sendiri.

 

Para murid juga akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan  Sistem Pentaksiran Pelajar IKRAM Musleh(SPPIM) dan akan dibekalkan dengan kemahiran-kemahiran berserta sijil yang berkaitan sebagai persiapan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah.

 

Bagi memenuhi sambutan menggalakkan dan keperluan untuk sistem pengurusan yang lebih professional maka Lembaga Pengelola Sekolah telah bersetuju untuk mendaftarkan sebuah syarikat yang tidak bermotifkan keuntungan (Syarikat Berhad Dengan Jaminan) yang dipanggil Pusat Pendidikan As-Sa'idiyyah Berhad pada 24hb September 1999 sebagai pemilik SRIAS.

CetakEmel

Offers and bonuses by SkyBet at BettingY com

Alamat Sekolah

SEKOLAH RENDAH ISLAM AS-SA'IDIYYAH

Taman Rashidah Utama Jalan Paroi-Senawang

70450 Seremban

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Tel: 06 677 1197  |  Faks : 06 679 8661

Emel: admin@srias-saidiyyah.edu.my

Lokasi Kami

Temui Kami Di Facebook